• Home
  • 1-a’bangsa
  • Classics
  • LOL
  • My CSI
  • PIBG
  • TBU Hillside
  • UK Bistari

rights2write

"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Feeds:
Posts
Comments

Khir Toyo , Isteri dan orang orang yang sekaum dengan nya….

26/04/2008 by drrafick

[Penulisan ini sengaja di buat di dalam bahasa Malaysia, supaya lebih ramai orang melayu boleh membaca dan menyelami maksudnya]

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2] Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3] Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
[5] Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
[6] Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
[7] Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
[8] (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
[9] Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
[10] Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
[11] Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -
[12] Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
[13] Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
[14] Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
[15] Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
[16] Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
[17] Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
[18] Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
[19] Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Mungkin ramai pembaca berasa hairan mengapa saya menulis pada kali ini dengan memulakan dengan tafseer dari Surah 96 iaitu Surah Al Alaq. Dengan sengaja mengambil tafsirnya dalam bahasa melayu supaya mudah bagi Khir Toyo (KT) dan Isteri dan rakan rakan sekaum dengannya memahami apa yang di tulis dalam Al Quran. Kalau tak faham maksudnya , jumpalah mufti Selangor untuk dapatkan nasihat beliau.

Para pembaca mungkin bertanya apa kena mengenanya surah 96 ini dengan KT, isteri dan orang orang yang sekaum dengannya. Izinkan saya menjelaskan di dalam konteks 2 situasi semasa iaitu dalam kes isu babi dan dalam kes mencuri duit Balkis.

Babi OooOi Babi II

Jika ada kesempatan bacalah artikel saya dengan tajuk Babi Ooooi Babi yang ada di laman web saya. Ayat 1 -4 menyebut berulang kali perkataan “Bacalah” . Saya minta KT dan orang orang yang sekaum dengannya supaya Bacalah… Bacalah.. Sebelum buka mulut dan memalukan Umat Islam satu dunia, bacalah. Kalau nabi Mohamed di minta membaca Alquran buat pertama kalinya, maka marilah kita sama sama membaca buku buku dan laman laman web dan dapatkanlah sedikit ilmu tentang isu tentang ternakan babi moden sebelum membuka mulut dan bercakap tentang penternakan babi di Sepang.

Saya agak kecewa apabila KT dan orang orang sekaumnya belum sedar dan masih terus menghebahkan maklumat maklumat yang tidak benar tentang penternakan babi di sepang. Hentikanlah penipuan. Tunjukkanlah sikit kebijaksanaan tu. Jangan la malukan bangsa dan agama kita. Engkau tu pemimpin. Apa yang kau cakap tu, kaum kaum kau dengan membabi buta akan mengiakan apa yang dicakapkan.

Saya agak kecewa apabila TV3 juga turut mengambil peluang menggembar gemburkan isu ladang babi ini. Agaknya untuk tujuan nak melagakan lagakan orang Islam dan bukan Islam. Dalam siaran terbarunya, ianya mengaitkan kedudukan ladang babi tadi dengan kedudukan LTAKL yang akan memalukan negara dan pantai Bagan lalang yang kononnya akan tercemar.

Yang menghairankan, sebelum ini Karam Singh Walia, dengan pelabagai peribahasa telah membuat beberapa siaran yang menunjukkan betapa kotornya ladang babi yang tidak diuruskan dengan baik di serata semenanjung.

Disini ingin saya jelaskan, Jarak Radius Kawasan Tapak Projek jaraknya lebih dari 20km radius. Ini bermakna jarak melalui jalanraya mungking lebih iaitu pada anggaran 50km. Tak payah lah nak kaitkan dengan KLIA. Yang keduanya jarak diantara Tapak projek juga dengan pantai bagan lalang lebih dari 20 km radius.

Selama 50 tahun, BN memerintah ladang babi tumbuh macam cendawan tanpa kawalan. Mengikut penelitian saya terdapat 132 ladang babi di seluroh Selangor yang timbul dibawah kepimpinan BN. Sekarang ini kerajaan baru nak meneruskan usaha KT dimana satu ladang pusat di bina dan 132 ladang babi yang bertaburan ini dan memberi masalah kepada seluroh rakyat jelata akan di tutupkan di 132 kawasan di Selangor di selesaikan. Ini patut di sokong dan bukannya dijadilkan bahan politik. Yang lebih buruk lagi apabila percakapan mereka menggambarkan perwatakan mereka.

Sistem kawalan najis berpusat akan di bina. Kaedah ini akan membantu ekonomi penternak dan menaik taraf penternak dan pada masa yang sama akan memberi kualiti hidup yang lebih baik untuk rakyat Selangor dimana kualiti air sungai, pencemaran bau dll yang di biarkan berlarutan selama 50tahun oleh kerajaan BN dapat di pulihkan. Ini samalah seperti memproses air jamban yang KT dan kaum kaumnya “flush” tiap hari dan di proses oleh IWK.

Bukankan ini baik. Bacalah … Bacalah.. jangan jadi pemimpin yang memalukan Agama Islam dan penganutnya. Engkau dengan mudah menghina kami orang orang Islam yang pakai akal fikiran. Baik jangan bagi tau satu dunia yang engkau ini orang islam. Aku malu dengan pemimpin yang bergelar orang Islam macam ini.

Sepatutnya KT dan kaum kaumnya meniliti laporan pembinaan ladang dan tengok dari segi teknikal bagaimana sisa kumbahannya di buat. Apa masalah yang diselesaikan dan apa faedah dan masalah yang mungkin timbul. Adakah ianya memenuhi piawaian EIA? Cubalah baca atau kalau tak ada masa nak baca ,tanyalah pakar samada cukup ke saiz sistem kumbahan yang di bina.

Adakah system kumbahan yang di cadangkan dapat menampung penternakan besar besaran yang nak di buat. Adakah pengeluaran cukup untuk menampung keperluan Selangor untuk 10 tahun akan datang. Cubalah tonjolkan sedikit kebijaksanaan sebagai seorang Islam. Agaknya inilah akibatnya kalau makan banyak tempe.. muka jadi putih, otak jadi kecut..

Pencuri Duit Balkis

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa dukacita saya diatas sikap kedua dua laki bini ini. Mereka ini memalukan bangsa dan agama dengan sikap mereka. Duit persatuan di buatnnya macam duit mak bapak dia. Amat memalukan apabila KT mengeluarkan kenyataan bahawa duit itu di pindahkan kerana takut bahawa anak anak tertentu akan di keluarkan dari senarai. Mudahnya berbicara?

Apa yang KT cakap ini? Cakap macam orang tanpa pelajaran. Mungkin sebenarnya KT takut duit Balkis di gunakan di jalan yang betul dan tidak sebelum ini. Kalau di audit akaun Balkis, kita boleh menntukkan banyak mana duit ini digunakan untuk kebajikan. Mungkinkah dari setiap RM1.00 yang di belanjakan oleh Balkis, hanya sejumlah kecil duit di gunakan untuk kebajikan. Selebihnya?.. gunakan daya pemikiran anda!

Saya pun berpesatuan. Biarlah saya ceritakan sedikit tentang apa yang saya tahu tentang persatuan persatuan yang di kawal selia oleh ROS (Registrar of Society). Oleh kerana saya tidak mempunyai salinan perlembagaan persatuan Balkis, saya hanya memberi pandangan sahaja mengikut apa yang saya tahu dan apa yang saya baca melalui akhbar. Kalau ada sesiapa yang mempunnyai perlembagaan terkini Balkis, saya minta tolong email kan kepada saya di drrafick@gmail.com untuk di kaji.

Siapa ahli ahli Balkis – Dalam kes ini mengikut nama persatuan itu sendiri, ianya memberikan gambaran bahawa keahliannya terhad kepada Isteri isteri ADUN dan Ahli Parlimen Selangor sahaja. Oleh kerana saya tidak ada perlembagaan Balkis, adakah ini bermakna kelayakan ahli persatuan itu luput apabila suami bukan lagi menjadi ADUN atau MP. Ianya juga bermakna, persatuan hanya boleh menerima mana mana ahli baru yang suami mereka menjadi ADUN atau MP di selangor tanpa mengira kedudukan parti politik mereka.

Apakah tujuan penubuhan Balkis mengikut perlembagaan – Di dalam kes ini pihak berwajib perlu meneliti samada Balkis menjalankan aktiviti mereka mengikut perlembagaan atau sebaliknya.

Apa peranan MB di dalam Balkis. Mengikut kepada nama persatuan, saya rasa MB tak ada apa apa peranan atau kuasa tetapi kemungkinannya hanya menjadi penasihat atau penaung persatuan.Dalam ertikata lain, MB tak boleh campur tangan dalam urusan Balkis kecuali la MB ini tukar jantina dan jadi isteri!

Proses pembubaran persatuan

Pada kebiasaanya kalau kita baca apa apa perlembagaan persatuan yang dikawal selia oleh ROS, kuasa untuk membubarkan apa apa persatuan adalah terletak kepada ahli yang di buat di mesyuarat agong dan bergantung kepada kata putus akhir ROS.

Dalam ertikata lain, sehingga hari ini persatuan belum lagi di bubarkan kerana kata putus ROS belum di buat. Ini adalah kerana, sepertimana yang di laporkan dalam media bahawa ROS masih lagi meminta maklumat tambahan dari pengurusan Balkis. Jika belum mendapat kelulusan ROS, maka duit Balkis tidak boleh di pindahkan kemana mana.

Saya tak tahu nak kata apa lagi pada Cik zaharah dan suaminya, En Khir Toyo. Saya malu dengan tindakan kedua dua suami isteri. Saya tidak peduli apa saja alasan yang nak di berikan. Yang jelasnya duit Persatuan bukannya duit hak milik mak bapak atau duit mereka yang boleh di pindahkan sesuka hati. Ini mencuri namanya. Ini pecah amanah namanya. Tahu apa hukum pecah amanah di Malaysia. Baca Kanun Keseksaan.. kalau tak silap saya boleh duduk dengan selesa di Penjara Sg Buloh sampai 20 tahun. Itu baru hukum dunia .. belum lagi hukum Allah.

Sekarang saya pinta Cik zaharah dan suami serta kaum kaum sejenis mereka ini. Bacalah Surah Al Alaq sekali lagi dari ayat no 5 sampai ke no 19. Kalau tak faham baca surah .. bacalah Perlembagaan persatuan…

Kepada orang Islam di Malaysia, saya minta tolong edarkan surat saya ini keseberapa ramai kawan kawan yang mementingkan kebenaran. Surah Al Alaq adalah ayat pertama yang di ajar oleh Malaikat kepada Nabi Mohamed saw. Kalau yang 5 baris pertama ini pun Khir dan Isteri tak faham, tak tahulah nak cakap apa lagi. Ayat pertama yang di perturunkan dan perkataan pertama di turunkan adalah “Bacalah” . Itu satu perkataan yang memunyai erti yang luas. Kita kena banyak membaca. Baca apa saja yang kita boleh baca. Hanya selepas membaca baru kita boleh pelajari  tentang sesuatu perkara. Tentang babi di perbohongi dan tentang duit di curi..

Pak Lah, saya minta Pak Lah sebagai Pengerusi BN untuk ambil tindakan yang betul. Apatah lagi Pak Lah datang dari keluarga Ilmuan Islam dan Pak Lah sendiri menegakkan Islam Hadhari. Ambil tindakan sewajarnya terhadap Khir dan Isteri. Tak cukup susah ke lagi UMNO hari ini.. makin hari makin banyak nampak bodohnya …

Posted in Malaysia My Home | Tagged Babi, Balkis, Khir Toyo, najib, Pak lah, Selangor, UMNO | 35 Comments

35 Responses

  1. on 11/07/2009 at 10:13 AM SIRAJA

    FOR HISTORICAL REASONS – THE PIG WAS ALSO EATEN BY ALL INCLUDING MUSLIMS AT ONE TIME!

    THE ALMIGHTY GAVE HIS COMMAND TO STOP EATING BECAUSE OF HEALTH REASONS.

    DURING THE JOURNEY OF PROPHET NOH pbuh (NOAH’s ARCH ) THE PIG WAS LOCATED AT THE BOTTOM OF THE SHIP, HE CLEARED OFF EVERYTHING THAT FELL DOWN FROM THE TOP DECK! SEMUA KASI DIA PASTI DIA MAKAN! EVERYTHING LIKE DBKL…!

    IT CARRIED MORE DISEASES THAN ANY OTHER ANIMAL..EVEN SCIENCE HAS RECOGNIZED THIS FACT.

    PEOPLE THE WORLD OVER ARGUED THAT WITH MODERN FARMING AND FEEDING METHODS THE ANIMAL IS NOW CLEAN.

    WELL SCIENCE WILL SAY THAT GERMS, VIRUS, BACTERIA WHICH IS INHERENT IN SOME ANIMALS WILL AND ALWAYS BE THERE. WE CAN’T RID IT OFF.

    THERE IS EVEN A CLAUSE IN THE HOLY SCRIPTURE THAT SAYS: “IF YOUR LIFE DEPENDS ON EATING PORK TO STAY ALIVE, BY ALL MEANS EAT IT TO STAY ALIVE”!
    ALLAH WILL FORGIVE YOU !

    SO ALLAH swt KNOWS ALL AND HEARS ALL….SOME MUSLIMS ARE AFRAID OF THE PIG BECAUSE THEY HAVE LIMITED KNOWLEDGE, IT IS ALSO A TABOO IN MALAY CULTURE…TO BE CALLED A “BA-BI” MEANS YOU ARE REAL BAD!

    BUT MALAY MUSLIMS CAN DRINK BEER, WINE, BRANDY, TUAK, WHISKEY AND THE SAKE! CAN GAMBLE, CHEAT, STEAL, RAPE & CAN HAVE CHINA DOLLS TO SCREW ( WHO EAT BA-BI & BAK KUT TEH), LICK THEIR LIPS AND OTHER PLACES TOO!

    THAT THEY ARE NOT WORRIED A BIT AT ALL !

    ALLAH DOES NOT SAY AT ALL THOSE ACTS CAN BE FORGIVEN! YET THEY (MALAY MUSLIMS ) DO IT ALL, WITHOUT SHAME!

    SO, MALAYS ARE A VERY SPECIAL BREED…. THE PIG IS REAL BAD… NOTHING CAN BEAT IT!

    SO DECIDE WHICH MALAY MUSLIM YOU WANNNA BE?


  2. on 06/07/2008 at 1:17 AM Idi Amin Najib, Mugabe Khairy, Marcos Badawi, Elizabeth Bathory Rosmah

    Sex and the C4

    Sodomy is a useful word
    recently said and heard,
    in Malaysian homes and offices
    it’s all about famous orifices.
    What is going on, you wonder
    when Bala steals the thunder,
    finger pointing the magic word
    to the delight of a horny herd
    Organs united, names forgotten?
    VIPs are really rotten
    Saiful he knows and did not know
    doubts about Aminah begin to grow
    of whose loose lips he was afraid
    but liked her other end instead;
    of course he knew it wasn’t right
    but it felt so good and tight!
    You could not hump like Greeks
    the Hindenburg’s fat cheeks;
    what her hubby found so succulent
    was making Rosmah trucculent.
    And so she thought, the time was due
    for a nice Mongolian barbecue.
    Enter the analyst, not so anal,
    who found the girl too banal;
    fearing supernatural harm
    from her juicy feminine charm,
    he hired Bala straightaway
    to keep the honeytrap at bay
    but private dicks were of no match
    for Aminah’s superlative snatch
    and now that Najib had had his fill,
    he would not share the till;
    right after the submarine deal,
    Aminah’s fate he would seal.
    Now Rosmah had one idea
    on how to kenakan dia
    “Let’s bomb the bombshell,
    let’s send her to hell.”
    Thus perished the hapless beauty
    after translation and booty duty;
    now Rosmah’s ass was happy
    until one blogger got yappy;
    this Hindenburg nearly caught fire
    yet to sue she has no desire.
    But Najib’s part in this murder
    will travel much further;
    despite his media actions
    and one or two retractions,
    some questions will remain
    a big part of his bane–
    how did Altantuya really die?
    and why did he have to lie?
    Did he pay off Bala savvily,
    or threaten to C4 his family?
    What acts could be more despised?
    With his money, we’re not surprised;
    after all, he’s such a bully beast,
    to him and him alone, at least,
    magic words that cannot apply–
    are useful for making rivals die.


  3. on 23/06/2008 at 12:33 PM Hanizah Wahid

    Saya suka tentang perumpamaan yang dibuat oleh tuan, iaitu
    “Ini samalah seperti memproses air jamban yang KT dan kaum kaumnya “flush” tiap hari dan di proses oleh IWK”

    Saya fikir itu satu point yang bagus untuk lebih memahami tentang ladang pertenakan babi tersebut.


  4. on 22/06/2008 at 8:40 PM AnotherArab

    The problems that the Malays are facing are from their vain desires of placing KETUANAN MELAYU above the laws of the Almighty. It is as if Allah’s guidance is inferior when compared to that of Ketur2 UMNO.

    Their preference to master English rather than Arabic Language is an indication of the absence of desire to understand Allah’s message in the Holy Quran.

    What can I say?


  5. on 18/05/2008 at 4:00 PM Ahem

    BACALAH WAHAI UMAT ISLAM….DAN INSAF LAH….
    ni adalah benar… sila baca sehingga habis… dan tlg sebarkan kepada
    seberapa byk org Islam yg boleh…

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    ini adalah surat wasiat dari penjaga makam

    Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad

    Maeine (Saudi Arabia).

    pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di

    makam Rasulullah SAW.

    selepas membaca lalu

    hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi

    didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada

    hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal

    dunia di zaman ini tiada seorang pun yang

    matinya dalam keadaan beriman.

    (a)isteri tidak mendengar kata suami.

    (b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.

    (c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan

    Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu

    menyedarkan kepada orang Islam ini supaya

    membuat kebajikan, kerana hari

    penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana

    bintang akan terbit dari langit, sesudah itu

    matahari akan turun di atas kepala.

    PESANAN HAMBA INI

    (a) berselawat – untuk junjungan Nabi kita

    Muhammad SAW.

    (b) bertaubatlah – dengan segera sementara

    Pintu Taubat masih terbuka.

    (c) Bersembahyanglah

    (d) berzakat – jangan ditinggalkan.

    (e) Menunaikan Fardhu haji – bila

    berkemampuan.

    (f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu

    bapa

    UNTUK MAKLUMAT

    1.

    seorang saudagar dari bombay telah

    menerima surat ini dan beliau telah mencatak

    sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada

    orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah

    dengan mendapat keuntungan yang besar

    dalam perniagaannya.

    2.

    seorang hamba Allah telah menerima surat

    ini tetapi tidak mengendahkannya dan

    menganggap wasiat ini palsu, maka selang

    beberapa hari kemudian anaknya meninggal

    dunia.

    3.

    Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas

    Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini

    kemudian mengarahkan setiausahanya

    mencetak sebanyak 20 salinan dan

    menghantarnya kepada orang lain, maka

    selang beberapa hari kemudian dia telah

    mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di

    malaysia timur.

    4.

    tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar

    perak secara tidak langsung dipecat dari

    jawatannya kerana apabila beliau menerima

    wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan

    untuk disebarkan kepada orang lain tetapi

    beliau telah menyedari kesilapannya lalu

    beliau mencetak semula wasiat ini dan

    mengirimkannya kepada orang lain, beberapa

    hari kemudian beliau telah dilantik menteri

    Kabinet Perdana Menteri.

    5.

    Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat

    wasiat ini dan tidak percaya akan

    kebenarannya juga menganggap palsu lalu

    membuangnya ke dalam tong sampah.

    seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan
    hukuman pancung sampai mati.

    6.

    di Terengganu, seorang pekerja bengkel

    kenderaan telah menerima wasiat ini dari

    pengirim yang tidak dikenali yang datangnya

    dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20

    salinan seperti yang dituntut.

    Alhamdulillah dia

    dianugerahkan oleh Allah seorang gadis

    berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh

    Islam.

    baginya anugerah ini paling agung dan

    tidak ada tandingannya.

    7.

    Di Terengganu juga, seorang hamba Allah

    telah menerima surat ini dari orang yang tidak

    dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya

    dengan mengatakan ianya bohong belaka dan

    sengaja mengada-adakan untuk menakutkan

    orang yang membacanya.

    Beberapa hari

    kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil

    dan penderitaanya amat menyedihkan.

    setelah

    tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital,

    penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor.

    Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan

    mengedarkannya kepada orang lain.

    Seminggu

    kemudian barulah beliau beransur sembuh

    sehingga sekarang.

    Banyak lagi contoh-contoh orang yang

    menerima wasiat ini tetapi tidak

    mempercayainya dan tidak mengedarkannya

    atau menyampaikan kepada orang lain.

    dimana

    mereka mendapat malapetaka.

    setelah

    kejadian yang menggembirakan dan

    menyakinkan ini anda jangan lupa

    menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa

    96 jam dari masa anda menerimanya.

    InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu

    dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.

    PERHATIAN

    setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.

    kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain.

    insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan

    TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM…. SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM…


  6. on 05/05/2008 at 9:43 PM is

    hi…first time baca blog ni…bagus isi kandungan blog ni :)


  7. on 05/05/2008 at 6:38 PM ishak ateng

    Bagini lah nasib orang yang terlalu bongkak dan tamak,tidak nampak wang yang cuba dicuri adalah hak penderma untuk simiskin diselangor.
    Insyallah perbuatan kamu berdua dan kumpulan kamu akan diazab didunia dan akhirat.
    Bertaubatlah


  8. on 04/05/2008 at 12:57 PM piggy

    Don,
    If eating pig makes one behaves like a pig, then eating nuts will turn you into a nut.


  9. on 01/05/2008 at 7:11 PM aspiring

    on April 26, 2008 at 10:24 pm5

    Don
    Tabiat Babi :

    banyak makan daging babi mengakibatkan banyak berlaku pengkhianatan rumahtangga dengan zina dan liwat yang meluas seperti yang banyak berlaku di negara-negara bukan islam seperi di amerika dan eropah..

    Don, seperti bagaimana diperkatakan Dr Rafick,…. bacalah…. bacalah surat khabar hari hari…. apahkah orang2 yang melakukan jenayah, yang merogol (termasuk anak-anak, cucu-cucu sendirinya) semua nya orang yang makan babi???? Sila gunalah otak yang diberi oleh Allah sebelum membuka mulut.


  10. on 01/05/2008 at 1:55 AM alan

    What more can i say about ‘KT dan…sekuamnya’…they have had long abandoned God ! To them they are ‘Kings’ and think they are above God.


  11. on 30/04/2008 at 3:13 PM danny

    Everyone has their bad and good deeds,lets be fair mention both sides and the public will decide.


  12. on 29/04/2008 at 1:07 AM Gan

    Thank you for trying to set this wayward unscrupulous unprincipled couple on the right path, however, for such people (and many of their cohorts like them) – to repent will be most unlikely.


  13. on 28/04/2008 at 11:13 PM akou6247

    Hi! Don.. Don yang Donno apa yang don sendiri tulis.

    Kalau Orang benci sesuatu benda, dia akan mencari sejuta alasan untuk membuktikan bahawa kebenciannya terhadap benda itu adalah betul dan patut….. itu comment saya.. harap Don erti.. ha ha ha makan babi tiada kena mengena dengan kelakuan, orang yang tidak makannya pun banyak melakukan ZINA, Jenayah… dan sebagainya. tiada relevenlah… Pikirlah


  14. on 28/04/2008 at 9:57 AM KC

    Don, don…

    Kalau ikut logik Don, nescaya Negara China & Amerika dah lama tunggang-langgang!

    Amerika Syarikat telah wujud selama 229 tahun dan Negara China pula telah bertadmaddun lebih daripada 5000 tahun!

    Pada yang kafir, daging babi adalah cuma satu-satunya sumber protien yang kaya, seperti juga daging lembu, ayam dan kambing.

    Bukalah minda anda dan cuba renong seketika, manakah negara yang termaju di dunia kini dan mana pula negara-negara yang termiskin?

    Fakta:-

    1) Secara bergabung Arab Saudi,Qatar,Kuwait dan UAE telah menghasilkan keuntungan minyak sebanyak $430 billion manakala negara jiran, Thailand telah berjaya menghasilkan produk & perkhidmatan berjumlah $429 billion.

    Sumber: “Malaysia & the Club of Doom: The Collapse of the Islamic Countries” oleh Syed Ali Akbar

    http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_And_The_Club_Of_Doom

    Renungkan lah…


  15. on 28/04/2008 at 2:23 AM hexhar

    Jangan harap Pak Lah buat sesuatu dlm kes ni, dia pun dah tercungap-cungap sekarang. Rakyat bagi peluang utk memerintah dgn baik, dia tidur. BN kalah sebab Pak Lah lembab, Islam Hadhari, Khairy dan SPR. Dia tak mengaku juga, dia salahkan bloggers.


  16. on 27/04/2008 at 10:16 PM pm

    Kepada don

    “”banyak makan daging babi mengakibatkan banyak berlaku pengkhianatan rumahtangga dengan zina dan liwat yang meluas seperti yang banyak berlaku di negara-negara bukan islam seperi di amerika dan eropah..”"

    Cuba lihat dengan mata yang terang apa sedang belaku dalam Malaysia.

    Yang tak makan babi tapi
    “Rogol anak dan cucu, khianat rumah tangganya, dan banyak lagi saperti rasuah, dadah, mat rempit dll. Apa kata kau?

    Lihat negara Arab Saudi Arabia jenayah dan khianat lebih teruk dari europa sehingga mereka segan untuk mempamirkan atau mengedarkan laporannya kapada Dunia bersatu.

    Tanya diri kau sendiri Negara mana yang paling aman dan dalam negara tersebut siapa yang kecoh dan menimbulkan masaalah.?


  17. on 27/04/2008 at 8:29 PM MAJ

    Salam,

    Tindak tanduk beginilah yang akan terus mejahanamkan UMNO.Sepatutnya kekalahan diterima dan KT,isteri serta geng2nya harus besikap professional dan telus.Tindak tanduk macam BALKIS sebenarnya untuk ahli UMNO/BN sahaja.If macam tu baguslah rakyat tak pilih depa lagi..BN/UMNO sebenarnya bukan rep utk semua rakyatlah seperti yg digembar-gemburkan oleh pemimpin BN/UMNO. ;-)


  18. on 27/04/2008 at 7:47 PM jookut

    Good article for reference about malaysia.


  19. on 27/04/2008 at 11:42 AM drrafick

    Saudara nazrul

    Saya berpendapat, saudara sudah salah tafsir tulisan saya. Mungkin ianya kerana penulisan saya yang kurang jelas.

    Saya tidak racist. Kawan kawan saya yang kenal saya tahu saya ini terima semua orang sebagai kawan. Pada saya di negara kita hanya ada satu bangsa i.e. Bangsa Malaysia

    Tentang tulisan saya berkenaan dengan ” KT dan … sekaumnya ” dimana perkataan kaum merujuk kepada kaum kaum yang suka menipu dan mencuri dan bukan keturunannya.

    Saya harap saudara terima penjelasan saya. Terima kasih


  20. on 27/04/2008 at 11:14 AM mf

    Dr,
    Belum tentu Khir baca artikel Dr ni..
    nak dia baca senang ja..
    Dr copy artikel Dr then paste pada komen dekat blog Khir..
    Biar dia dan Kaum kerabatnya baca..

    sekian..


  21. on 27/04/2008 at 10:17 AM nazrul

    Dengan sengaja mengambil tafsirnya dalam bahasa melayu supaya mudah bagi Khir Toyo (KT) dan Isteri dan rakan rakan sekaum……

    racist nya…

    kalau marah kan khir toyo, kenapa nak kaitkan dgn kaum dia?

    racist (macam awak!) boleh mati cepat.


  22. on 27/04/2008 at 7:42 AM Mohd Arshad Raji

    Dear Dr. Rafick,

    A masterpiece. Tapi adakah Wak Khair dan bini nya faham akan maksud penulisan Dr. Saya tak percaya mereka faham kerana mereka sudah hilang panduan hidup sejak kalah PRU 12. We must now support the actions of Tan Sri Khalid in weeding out the ’shit’ left behind by Wak Khair, and I believe many more ’shit’ will be exposed.


  23. on 27/04/2008 at 3:15 AM Nan

    Sorry, my Malay is too rusty so I have to comment in English, :)

    Till this day I’ll never understand the pig controversy in Malaysia; they are bred in farms not in Muslims backyards, for crying out loud.

    I do agree with you that those politicians need to really sit down and READ; I mean really read the Qur’an, focus on tangible issues that actually better the lives of the people and stop whipping up sentiments.

    Don, give me a break! People behave the way they behave becuase of their values not because they eat pig.


  24. on 27/04/2008 at 1:34 AM Mrs. Salamasuk

    Kurang ngerti bahasanya sih..
    tapi bagus ini cerita kok :)


  25. on 27/04/2008 at 1:15 AM KJ 割粒蛱蟆蠕疔

    Hi, Dr.Rafick, your article is always very enlightening to me. Khir Toyol really bring shame to the Malaysians. Now, his wife joins him. I wonder how many more VIP’s wives behave like that, so disgusting. What a great contrast with the late Endon. I really missed her kindness and sincerity. Pak Lah, not only you but I think many Malsysians missed her. She was the major factor in providing the impetus for your 2004 “feel good” massive victory. So don’t forget your promise to the RAKYAT. I believe good people like her, will always be at your side. Her spirit is always with the RAKYAT.


  26. on 27/04/2008 at 12:47 AM Umi

    Sebagai umat Islam kita kena banyak berdoa untuk mereka supaya ALLAH memberi taufik dan hidayah. Sekiranya setiap umat Islam di dunia ini mengutamakan Al quran dan sunnah sebagai panduan hidup, insya allah manusia akan hormati Islam. Soal riba, curi, rogol tipu, bunuh dan maksiat maksiat lain tak akan berlaku. Nabi SAW telah tinggalkan kita 2 pusaka yakni Al quran dan sunnahnya. Yang sedihnya umat Islam sendiri tak amalkan nya. Kita tidak ambil cara hidup nabi saw.
    Kita tak ambil fikir risau nabi saw. Kita lebih senang ambil cara hidup yahudi,nasrani dan majusi. Itu lah sebabnya anak cucu kita hari ini jauh dari agama.Apabila jauh dari agama mereka tak pasti yang mana halal dan yang mana haram. Cuba kita ambil kisah Hazrat Umar ra. yang melarang isterinya daripada menimbang kasturi untuk di bahagikan kepada orang Islam.
    Walaupun beberapa kali isterinya menawarkin diri untuk menimbang kasturi tersebut Hazrat Umar ra. tidak mengizinkannya kerana bimbang kasturi tersebut akan melekat di tangan isterinya dan kemudian akan menyapu ke badan nya. Dengan perbuatan itu Hazrat Umar bimbang dia akan mendapat bahagian(kasturi) yang lebih dari orang lain.
    Ada banyak lagi kisah para sahabat yang boleh kita ambil iktibar. Cukuplah satu yang saya paparkan.
    Semoga kisah ini dapat menginsafkan saya dan anda semua.


  27. on 27/04/2008 at 12:28 AM terebei@lastik

    Khir Toyo, Khir Toyo…….

    Dulu, dulu…….. kenanglah bagaimana engkau mencari sumber wang waktu belajar menjadi doktor gigi. Engkau pernah buat pelbagai kerja yang halal.

    Apa dah jadi sekarang ini? Duit Balkis itu duit berpersatuan…. Apa kah Engkau dan Zaharah dah buat ini? kembalikanlah duit Balkis tu!

    Projek babi tu engkau juga yang mulakan…. insaflah wahai KT. Ini semua ada musabab kenapa rakyat Selangor menolak kepimpinan awak.


  28. on 26/04/2008 at 11:50 PM AdnanMB

    Kalau niat MKToyo baik, pasti semuanya akan terjelma kebaikannya. Sebaliknya, dia dan semua kaum-kaumnya akan terpalit dengan najis babi sekiranya apa yang dicakap tidak serupa bikin. Barangkali, mukanya kena dilibas penyapu. Semua kemungkinan tersebut tidak mustahil. Maka itu selagi ada kesempatan, adalah lebih baik jika MK Toyo melakukan sesuatu yang positif. Jangan jadikan Mahathir sebagai contoh kerana orang tua macam dia memang telah ditakdirkan begitu.


  29. on 26/04/2008 at 10:26 PM MalaysianMan

    Kalau la TK, isteri dan rakan sekaumnya adalah orang-orang yang alim, depa tak akan melakukakan benda-benda yang tak baik selama mereka berkuasa di selangor. Nasihat-nasihat ditujukan kepada mereka oleh drrafick, saya percaya mereka tidak akan masuk telinga, mereka ini memang tidak takut kepada Tuhan, kalau tidak sudang tentu mereka tidak akan melakukkannya. drrafick, hats off to you, but you just wasting your precious time to all this useless morons.


  30. on 26/04/2008 at 10:25 PM antimamak

    Ommm … hantam bagi! pencuri yang diiktirafkan oleh UMNO, Lanun lanun yang berlesen, perompak yang berwiba ! malu islam , malu melayu ….

    Jenis Toyol yang berminyak hitam, pakar mencuri duit pada waktu malam, nampak al quran mesi takut!!


  31. on 26/04/2008 at 10:24 PM don

    Tabiat Babi :

    Babi suka makan benda-benda yang kotor seperti sampahsarap, tikus, bangkai dan najis. Suka tinggal pada lubang-lubang kayu ( old fashion ) dan tidak berusaha mempertahankan sempadannya. babi tidak peka pada pasangan betinanya. Ia tinggal ditempatnya dan tidak ada batas sempadan untuknya. Ia makan, minum dan beranakpinak disitu. apabila diserang oleh binatang2 lain, ia akan meninggalkan tempatnya dan tidak berusaha mempertahankannya.

    Babi tidak mempertahankan pssangan dan anak-anaknya sebaliknya membiarkan mereka sendiri dengan urusannya. kerana itu ia disifatkan sebagai binatang yang hina dan tidak mempunyai sikap untuk mempertahankan tempat tinggal, pasangan dan anak-anaknya.

    Kehinaan ini terbawa-bawa kepada manusia apabila dikatakan Babi Engkau, segera berubah airmukanya, walau pun orang yang memakan babi itu sendiri atau mereka yang tinggal dinegara kaya dengan ladang perusahaan babi.

    Tidak ada satu binatang yang melakukan aktiviti kaum Lut selain dari babi dan kaldai.

    banyak makan daging babi mengakibatkan banyak berlaku pengkhianatan rumahtangga dengan zina dan liwat yang meluas seperti yang banyak berlaku di negara-negara bukan islam seperi di amerika dan eropah..


  32. on 26/04/2008 at 10:19 PM Ibnu Khuzaimah

    Marvellous. Not only khir, most tingkat 20 and old media hands
    at tingkat 20 are spies. All GLC head are trying hard defend themselves of their wrongdoings in Toyo’s era.

    I will run this masterpiece in my blog.

    http://selangortoday.wordpress.com/


  33. on 26/04/2008 at 10:10 PM Fadhli

    Dear Dr. Rafick,

    You have brought up few good points, I will relay your message to others


  34. on 26/04/2008 at 9:50 PM BSKL

    Hi Dr.

    Memang ada kontreversi, tetapi apakah anggapan Dr. tentang kesudahan cerita ini?

    BSKL@Belia Sokong KJ terLampau


  35. on 26/04/2008 at 9:34 PM MasterYoda

    hello…. hello.(echo, echo)

    HELLO!!!! ….. HELLO… (ECHO ECHO)

    hmm , nice blog…

    HALLO! HALLO!!!

    wow i can hear my echo….



Comments are closed.

  • Expectations

    • 899,758 readers
  • Up periscope

  • Voulez vous

    • 1-School system and 1-Malaysia
    • “Muslims in Perlis not the same as Muslims in Selangor”.
    • PAS EGM: What is in Nik Aziz mind?
    • Death at MACC: My CSI XVI – Making sense of the 80% probability
    • Death at MACC: My CSI XV
    • Putting a smile on peoples faces… Help them get a job
    • MCA: When the going gets tough, the tough gets going..
    • UMNO constitutional amendments and Malaysia
    • MCA EGM: The show of the year on 111111?
    • An open letter to “Ahli Majlis Ampang Jaya”
    • Bagan Pinang: “Malaysian style democracy at its best.”
    • MCA: The final curtain
    • Bagan Pinang: Saya, yang menurut perintah!
    • Morning Nightmare on MRR 2: Solution on the horizon
    • Death at MACC: My CSI XIV – Revelation of the Unknown Male 1
  • Most laku

    • 1-School system and 1-Malaysia
    • "Muslims in Perlis not the same as Muslims in Selangor".
    • Death at MACC: My CSI XV
    • Death at MACC: My CSI XVI – Making sense of the 80% probability
    • PAS EGM: What is in Nik Aziz mind?
    • MACC death tragedy – My untrained CSI techniques
    • Death at MACC: My CSI findings part VII
    • Classics
    • TBH jpg 1
    • Selangor under siege?
    • Death at MACC: My CSI IX- The shoe! The shoe!
    • Unknown Artist
  • historical stuff

  • Market place

    balasi on 1-School system and 1-Mal…
    Meng on 1-School system and 1-Mal…
    sbar on 1-School system and 1-Mal…
    balasi on 1-School system and 1-Mal…
    balasi on 1-School system and 1-Mal…
    balasi on 1-School system and 1-Mal…
    Navi on “Muslims in Perlis not t…
    tres on 1-School system and 1-Mal…
    tres on 1-School system and 1-Mal…
    balasi on 1-School system and 1-Mal…
    balasi on 1-School system and 1-Mal…
    balasi on 1-School system and 1-Mal…
    Halim Cino on 1-School system and 1-Mal…
    balasi on 1-School system and 1-Mal…
    Meng on 1-School system and 1-Mal…

Blog at WordPress.com.

Theme: Mistylook by Sadish.