Pada kebiasaanya apabila saya menulis tentang situasi semasa saya menulis didalam Baahasa Inggeris tetapi akibat dari beberapa situasi semasa di PP baru baru ini, saya merasakan adalah perlu bagi saya menulis di dalam Bahasa Melayu bagi memastikan penulisan saya ini dapat di baca oleh semua peringkat rakyat di seluruh Negara terutama di PP.
Kejatuhan kerajaan BN di PP pada PRU ke12 baru baru ini terjadi akibat kegagalan kerajaan BN menangani masalah rakyat secara umumnya. Jika rakyat bahagia di bawah kepimpinan BN, sudah tentu ianya tidak akan di gulingkan di 5 negeri dan nyaris nyaris kalah di seluruh semenanjung.
Sebagai rakyat, kita sepatutnya berfikiran lebih matang dan tidak mengikut rentak permainan politik puak puak tertentu. Kerajaan baru ini dilantik oleh rakyat ini bukanlah untuk selama lamanya tetapi hanya untuk tempoh 5 tahun. Kalau kerajaan pusat berhajat membuat pilihanraya lebih awal, rakyat mungkin memilih selepas 3 tahun.
Kuasa di tangan rakyat. Kita perlu memilih pemimpin yang baik dan berwawasan. Tidak guna kita pilih orang orang tertentu kerana semata mata dia orang melayu atau Islam tetapi melayu itu pada warna kulitnya dan islam itu hanyalah sekadar pada songkoknya sahaja dan perangai macam syaitan atau mencuri duit rakyat secara terang terangan.
Saya ingin menarik perhatian pembaca semua kepada beberapa peristiwa yang berlaku selepas ke kalahan BN. Dato Dr Koh Tsu Koon telah menunjukkan watak yang amat matang dan terpuji apabila beliau menerima kekalahan BN di PP dan memberi jaminan bahawa akan memastikan peralihan kuasa kerajaan negeri akan di lakukan dengan aman. Kita lihat kerajaan PP paling mula mula di bentuk di semenanjung selepas PRU 12. Sikap seperti ini harus kita tauladani. Ianya mengambarkan kematangan berpolitik di pihak Dato KSK.
Saya amat terkilan apabila melihat berita TV3 pada 13/3/08 dan surat khabar pagi ini dimana UMNO Pulau Pinang meminta kerajaan pusat menarik balik semua projek mega di PP kerana rakyat sudah menolak BN dan UMNO di PP. Adakah masuk di akal apabila, UMNO PP meminta supaya perkhidmatan bas Syarikat RapidKL di PP di hentikan dan biarkan kerajaan baru PP mencari penyelesaiannya. Hari ini saya amat terkejut apabila membaca artikel di dalam Malaysiakini dimana IGP mengarahkan supaya orang ramai tidak berhimpun di Komtar dan pada sebelah petangnya tersebar berita mengatakan yang perhimpunan yang telah melibatkan hampir 2000 orang di lakukan oleh UMNO.
Orang UMNO selama hari ini kononnya berdisiplin dan senatiasa meminta permit polis apabila mengadakan sesuatu perhimpunan kini telah menunjukkan belang mereka. Tanpa kebenaran polis dan tidak mengindahkan arahan IGP, mereka berarak di PP. UMNO PP telah melakukan PERHIMPUNAN HARAM. Pada penilitian saya, mujurlah pihak polis di Malaysia ini sangat professional dimana mereka telah bersikap neutral dan mengambil langkah langkah mengawal keadaan. Sebaik baiknya pihak polis mengambil tindakan keatas pemimpin UMNO ini yang dengan terang terangan melanggar undang undang negara. Undang undang tidak membezakan pesalah diri segi warna kulit atau parti politiknya.
Apakah tujuan sebenar UMNO di Pulau Pinang?Siapakah pencetus isu perkauman di PP secara khususnya. Adakah ianya di lakukan bagi menimbulkan insiden insiden di mana membolehkan perintah darurat dapat di laksanakan di PP? Jika tuan tuan menonoton TV, tuan tuan dapat melihat sendiri bagaimana Pak Lah memberi amaran terbuka kepada Lim Guan Eng supaya janagn bermain dengan isu perkauman dan hak hak orang melayu diPP. Apa yang di cakap oleh Pak Lah ini masuk di akal atau tidak? Guan Eng cuma menjelaskan bahawa selepas ini kerajaan PP akan melaksanakan tender terbuka dan tidak lagi melakukan “direct nego” sepertimana yang di amalkan oleh kerajaan BN sebelum ini. Mengapa Pak Lah mengaitkan kenyataan ini dengan hak hak orang melayu? Dari pengamatan saya, Pak Lah telah menimbulkan isu perkauman dan bukan Lim Guan Eng. Kenyataan Pak Lah di sambut oleh UMNO PP. Kalau perkhidmatan bas dihentikan, tentunya rakyat akan sengsara dan memberontak. Inikah niat UMNO PP atau Pak Lah sendiri. Jika ada pemberontakan, keseluruhan Negara akan terjejas dan bukan sahaja di PP. Apakah yang ada dalam kepala otak pemimpin UMNO PP ini? Adakah Pak lah dan UMNO PP mahu menimbulkan keadaan dimana kerajaan pusat boleh mengumumkan “perintah darurat” di PP dan lepas itu kerajaan akan di ambil oleh kerajaan sementara. Saya juga terkejut apabila mendapati Orang Melayu juga membuat perarakan yang sama di Selangor. Ini memberi gambaran bahawa perkara ini di lakukan dengan perancangan rapi dari pihak atasan.
Wahai bangsa ku di Pulau Pinang, saya pinta: Gunakanlah kekuatan akal fikiran kita sebelum membuat sesuatu tindakan. Janganlah cepat melatah. “Pikiak jauh sikit”. Jangan bagi malu bangsa kita ini. Kita kena tunjuk yang kita ini mempunyai IQ dan EQ yang tinggi dan setanding dengan masyarakat maju di dunia ini. Rakyat PP ini tak sama dengan rakyat di negeri lain. Di dalam darah kita ada darah pelbagai keturunan Arab, Turki, India,hindustani, eropah dll. Kita sepatutnya lebih celik dan lebih intelek lagi. Saya pinta semua rakyat merenung sejenak dan memikir sejauh mana BN telah menolong rakyat. Memang menjadi tanggungjawab mana mana kerajaan membina hospital, sekolah, longkang, jalan dan sebagainya. Itu fakta yang kina kena faham. Kalau kerajaan BN tak bina semua ini, sudah tentu rakyat dah lama buang depa. Selama ini rakyat menerima depa kerana pada fikiran rakyat politik perkauman itu penting bagi memastikan orang melayu tidak di pinggirkan. Realitinya, politik perkauman merugikan negara dan banyak pihak dan hanya menguntungkan sebilangan kecial orang orang UMNO yang mempunyai kuasa dan kedudukan .Kalau BN benar benar bagus, mengapa rakyat menolak BN di PRU ke 12.
Saya ingin bertanya kepada rakyat PP yang telah mengambil bahagian di demonstrasi haram di Komtar pada hari ini . Kerajaan yang di bentuk ini baru berumur 1 minggu. Sudahkah rakyat di tindas? Adakah hak hak orang orang kita telah di nafikan? Belum apa apa lagi kita dah melatah. Sebenarnya siapa yang melatah dan tak senang duduk sehingga menggerakkan rakyat yang tak tau hujung pangkal dengan mengadakan perhimpunan haram di PP?
Ini adalah orang orang yang menjadi kaya raya dengan duit rakyat di PP selama ini. Dengan UMNO mereka mendapat projek merata rata. Mereka mendapat projek bukan diatas kekuatan teknikal atau mental. Projek projek mereka semuanya ada kaitan dengan politik UMNO – “aku bagi hang projek, hang jangan lupa aku”. Projek ini memperkayakan orang orang tertentu dan bukan semua orang melayu.
Saya ambil contoh Dato Amin Shah yang kini telah muflis. Orang yang tidak ada pengalaman di dalam pembinaan perkapalan telah di beri kontrak hampir 5 billion ringgit untuk membina 6 buah kapal perang secara rundingan terus. Tidak perlu ada tender. Dimana kapal kapal ini hari ini? Setelah lewat lebih dari 8 tahun, apa yang sudah jadi dengan kapal kapal ini. Sedarkah tuan tuan hari ini sebuah berada di tengah laut, satu masih lagi tidak di terima oleh pihak TLDM (tapi di paksa terima) dan kini berada di limbungan lumut kerana gagal mengikuti spesikasi. Yang 4 lagi kat mana? Bayang pun tak dak? Habuk besi pun tak dak? Tahukah tuan tuan bahawasanya semua duit berkaitan projek ini dah habis di bayar. Mana pi duit ini semua? Mana kapai?
Sebenarnya kalau kita tempah kapal ini di luar negara secara terus, harganya di 1/3 dari harga 5 billion dan ianya dah lama siap dah. TLDM hari ini dapat memantau laut PP dengan lebih selamat. Mana perginya duit duit ini? Saya minta tuan tuan fikirkan sendiri. Tahukah tuan tuan dengan 5 billion berapa banyak rumah dapat di sediakan untuk rakyat, berapa banyak monorel dapat di buat di PP – rakyat tak payah sangkut di dalam kesesakan lalu lintas. Duit ini duit siapa – duit rakyat dimana duit ini digunakan untuk memperkayakan orang orang tertentu. Begitu juga dengan projek PORR dan projek jambatan Pulau Pinang yang kedua. Ke semua ini tiada tender. Kalau di buat tender harganya jauh lebih murah. Duit selebihnya boleh digunakan untuk rakyat. Mengapa duit rakyat hendak di gunakan untuk memperkayakan orang tertentu.
Saya minta tuan tuan berfikir sejenak dari segi sejarah. Sejak 1800, PP and Singapura di jajah oleh British. Dua duanya pulau. Kedua dua pulau ini di gunakan bagi tujuan yang sama iaitu untuk perdagangan bebas dan mengekspot hasil bumi dari Semenanjung. Rakyat pun sama. Kebanyakannya pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Waktu Merdeka, PP dan Singapura sama tarafnya. Hari ini dimana Singapura dan di mana Pulau Pinang? Bagi rakyat PP yang tidak pernah sampai ke Singapura, cuba pergi tengok rumah mereka, pangsapuri mereka, jalanraya mereka, taraf ekonomi mereka. Baru baru ini saya menaiki MRT dari Orchard Road sampai ke Changi…jauh tu bang oi.. bayar S$0.70 cent.
Pergi tengok berapa bersih dan luasnya flat mereka. Hidu sendiri udara mereka dan nikmati kebersihannya. Pokok menghijau di merata rata dan Kerajaan Singapura hari ini ingin menjadikan Pulau Singapura sebagai sebuah Pulau yang berkonsepkan terusan air di merata rata. Mengapa Singapura boleh melonjak jauh kedepan walaupun minyak tak ada, air pun tak ada, hasil bumi pun tak ada. Asasnya mereka tahu mencari dan menguruskan wang dengan telus. Pergi tengok Sungai Singapura dan bandingkan dengan Sungai Pinang. Hari ini, orang Singapura boleh terjun dan mandi dalam Sungai Singapura. Di Pulau Pinang, hampir semua sungai dah di jadikan longkang. Sungai pun dah nak pupus dan di gantikan dengan longkangs. Pergi tanya rakyat Singapura adakah mereka menganggap kerajaan mereka itu kuat makan rasuah. Jawapannya tidak.
Pemimpin UMNO Pulau Pinang hari ini bukanya fikirkan hal dan kepentingan rakyat. Mereka pentingkan hak peribadi mereka. Mereka takut rahsia rahsia mereka terbongkar. Mereka takut kekayaan mereka di siasat. Dari 1000 orang Melayu di PP yang kaya berapa kerat ja yang betul betul kaya? Yang kaya kepala kepala UMNO yang duduk diatas . Kerana takut mereka melaga laga kan rakyat? Kalau benar DEB itu berjaya habis kenapa sampai la ni pun tak selesai selesai! Patut dah habis pada tahun 1991. Kalau BN tu bagus sangat, kenapa DEB tak selesai sampai hari ini. Adakah inaya tidak dapat diselesaikan atau sengaja tak nak di selesaikan? Jadi rakyat , saya pinta janganlah cepat melatah.
Orang Melayu kena fikir secara rasional. Mungkin kerajaan baru ini mempunyai kaedah kaedah yang lebih baik dari DEB. Bagi lah depa peluang untuk buka langkah. Ini belum apa apa lagi dah buat demonstrasi haram di jalanan. Kita tengok. Kalau depa tak boleh buat untuk kita macam depa dok janjikan kita buang mereka 5 tahun lagi. Apa kita nak takut. Biar kita tengok sejauh mana kebolehan mereka. Biar kita tengok dulu apa yang mereka janji tu mereka boleh buat tak. Jangan melatah.Tak rugi mana pun.. tak lama mana pun.. itulah kuasa rakyat.. rakyat boleh mengakkan kerajaan dan rakyat juga boleh menjatuhkan kerajaan.
Akhir kata, saya pinta Rakyat semua di seluruh negara terutama orang melayu di PP tanpa mengira latar belakang politik . Kita harus pentingkan negara dari pentingkan UMNO. Marilah kita bersama sama bekerjasama memastikan kerajaan yang kita lantik ini berjalan lurus dan bersih dan berkhidmat untuk kita. Hari ini ada perimbangan kuasa. Ianya bagus untuk rakyat. Peluang untuk menyalahguna kuasa dan wang kini agak sukar. Jadi duit lebihan ini akan di belanjakan untuk rakyat. Ianya bagus untuk rakyat dan bukan untuk pencuri duit negara. Kalau depa tak buat kerja yang kita harapkan untuk 5 tahun akan datang, kita akan buat pertimbangan semula pada PRU ke 13. Kuasa di tangan rakyat. Fikirkan apa yang saya kata. Kita orang melayu harus menunjukkan kematangan dari segi IQ dan EQ. Kenalah tunjuk pandai sikit. Jangan cepat melatah..


seperti menuggu buah yang belum tahu jatuhnya bila
kita jangan cepat megharap sesuatu yang belum pasti
saya sokong setiap hujah dr dan teruskan perjuangan kita sbg warganegara malaysia!
Khuzaimah , your information is so off key. Amazing the garbage that spews from diseased minds. But then again this sickness is an inherent genetic flaw known as dengki.
kita orang melayu PP boleh maju tanpa DEB betui ka. hang tgk tera ada DEB pun hampa tak maju tamabah x ada DEB lagi lah x ada apa. pasai apa pasai hampa ni pemalas dan curi tulang. contoh kecik tengok orang MPPP buat kerja ada 2 jam lepai tu hilang mcmni nak maju boleh jalalah.
Evry race has their strengths n weaknesses. we should set aside our differences and channel our strength to build this country of ours. It’l b a pity to c it fall and ‘collapsed’ in a blink of an eye.. Treasure wat we have, all the frens of different races.. they r all special. I love malaysia!
I respect you and and Raja Petra a lot. I am sure I am not the only one. This world needs people like you who is fair and knows what is right and what is wrong. This world would be a much better place to live in with people like you around. Keep up the good work.
May God bless you.
drRafick,
I concurr wholeheartedly with your beautifically written articles on the need for Malays to allay their phobia on the newly formed state government. I have been residing, educated and worked in the island for almost 25 years. I have not seen much changes in the mainstream Penang Malays who inhibit the island for so long they have been deprived of business opportunities, contracts and other benefits accorded to the ruling elite networks A day after the GE, I stayed for one night in Batu Feringghi enjoying my short vacation. I stumbled upon a Malay Fisherman who run a part-time boat services ferrying local and foreign picnikers. I asked him, ‘why you people supported the opposition sides ?’ He showed his smile and related, ‘BRO, SORRY IF WERE TO SAY THIS, I’VE BEEN A FISHERMAN FOR A THE LAST 20 YEARS AND THERE’VE NOT BEEN IMPROVEMENT IN MY LIFE EXCEPT TO DO THIS FISHING CHORES AND DOING PART-TIME BOAT SERVICES’. THE BN GOVERNMENT HAS DONE NOTHING TO IMPROVE OUR LIVELIHOOD, THEY CAME, PROMISED AND AFTER THAT DISSAPEARED FROM THE SCENE. THEY ONLY SHOW THEIR FACES IF THERE WERE EVENTS AND ALSO DURING THE EVE OF ELECTION’. SO WE WANTED TO VOTE FOR CHANGE. WE GAVE THEM THE OPPOSITION THE OPPORTUNITY SINCE THEY ALWAYS WANTED TO RUN A FAIR CLEAN AND EFFICIENT GOVERNMENT. THEY HAVE 4 YEARS TO PROVE THAT THEY COULD CHANGE THE STATE AND PEOPLE FOR THE BETTER. OTHERWISE WE’LL BOOT THEM OUT.
Then I posed another question, “Are u not afraid that the new government will marginalised you Malays especially the low income level segment ? He said, When we voted for a change, we were not afraid of any form of marginalisation polici by the would be power, after all we have been marginalised all these while’. ‘I guessed i will still be a fisherman since I am not educated to work in the industry nor in the government’. But I expect the new government to fulfill its promises made during the campain to help the low-income segment to improve their livehood’.
I thought ‘the fisherman was just an isolated case of an individual who voted against the government. Not to be outdone, I asked a friend, a religious person after attending maghrib prayer in Surau. Did u vote for the government or the opposition? Opposition, he replied. Why ? Bcos the ruling elite has failed to implement a full-fledgged islamic poilcy that is based on the Syariah law. According to Sayriah law,everbody needs to be treated fairly and the distribution of wealth should be proportioned equally. At the moment, cases of corruption are rampants and abuse of power is the trademark of the ‘ruling politicians’.
Then I didn’t uttered any words and rest my case.
Saya setuju dengan saranan yang bernas lagi masuk akal. Jangan cepat melatah wahai semua bangsa malaysia. Jangan kerana orang yang berkepentingan ini bangsa melayu tergadai demi menjaga kepentingan mereka. Orang-orang ini tak sanggup menerima kenyataan yang mereka ini kalah, mulalah jarum sana sini dengan isu-isu sensitif kerana projek-projek yang mereka dapat dah tergugat. Tembelang nak pecah, jadi panik tak tentu hala.
Cuba fikir sejenak sebelum bertindak. Selama pemerintahan yang dulu, apa yang kita dapat? Benarkah hak istimewa ini dirasai semua orang seperti mana yang digembar gemburkan? Banyak orang melayu teringin nak berjaya dalam perniagaan, inilah timenya. Mulut selalu bercakap kalau nak berlawan biar gentleman, jadilah benar-benar gentleman dengan fikiran yang waras, wujudkan persaingan yang sihat dalam apa juga prospek agar kejayaan itu boleh dibanggakan oleh semua kaum yang ada di malaysia ni. Cukuplah wahai bangsaku, jangan jadi alat orang-orang yang tak ada kualiti macam khairy & pak mentua dia. Tak kan kalah menangis kot? Pas tu nak memberontak pulak, buat malu Penang ja!! Steadylah sikit, tujuk kat mangkuk ayun tu kita boleh bangun sendiri tanpa bergantung pada sesiapa termasuk kerajaan baru. Jangan jadi manja…
KELEMAHAN KITA IALAH ‘TIDAK MEMBERI PELUANG KPD ORANG LAIN (KERAJAAN PP BARU) UTK BERBUAT SESUATU’. BERILAH PELUANG KPD MEREKA UTK MENUNJUKKAN KEMAMPUAN MEREKA. (YG PAHIT ITU PENAWAR, YG MANIS ITU RACUN)JANGAN JADIKAN DEB SEBAGAI MEKANISME DLM MENUJU KEJAYAAN. TUNJUKKAN KEHEBATAN KITA TANPA BERGANTUNG KPD DEB. TUNJUKKAN BAHAWA, TANPA DEB, KITA MASIH BOLEH MAJU KE HADAPAN. DAN APA YG KITA KECAPI ADALAH USAHA SUNGGUH2 YG TULIN DAN HASIL DRP JATI DIRI KITA YG SEBENAR. TQ
caya la Dr..
saya nie anak jati penang..
wlpn kerajaan wat DEB 2,bg saya xdak ar sgt perubahan yang depa wat terutama kt PENANG..tahap org melayu penang tetap xubah cm dl.tetap di belakang.so,org melayu penang xpyh ar nk perthnkan sgt DEB 2.ORANG ATAS jek yang dok dapat PULANGAN yang LUMAYAN dr DEB.Kita yang bwh nie xdpt ap2.Bg Peluang kt parti pembangkang dl tuk perintah..jgn tau hentam parti pembangkang ja.
well said dan sokong 100%
[...] was then that I stumbled across this article – Pesanan Khas kepada Orang Melayu Pulau Pinang – Jangan Cepat Melatah.. – that was wonderfully worded and full of insight. This article made me realize, and thank god [...]
I agree with you Dr Rafick,
Wake up Malays.. wake up!
Kita Tak Boleh Lagi Jadi Bangsa Bertongkat! Bangsa Subsidi!
Please correct me if I am wrong, If I am not mistaken masa zaman Kesultanan Melayu Melaka a.k.a. Empayar Melaka dulu. Mana ada DEB, lot bumi, non bumi, cotract bumi etc
Tapi Melayu zaman tu boleh hidup maju dan berdagang dengan saudagar2 dari Cina, Gujerat, Arab dan Eropah
Kita bina kerajaan Melaka, gah di rantau nusantara!
Our history had shown that we were capable.
Tapi sebab apa Melayu zaman sekarang tak boleh?
Sebab apa Melayu sekarang kaum lain labelkan sebagai bangsa pemalas? Bangsa subsidy?
It’s not in our DNA. It’s our attitude.
Penjajah British telah merosakkan minda dan semangat Melayu
Kerana mereka takut jika Melayu tak ditanam dengan inferiority complex, mereka akan bangkit menentang penjajahan dari peringkat awal
Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan oleh Melayu kini untuk maju setapak demi setapak
DI dalam Alquran jelas menyatakan bahawa “Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berusaha berubahnya (kepada yang lebih baik)”
And to all my non-Malay friends, please dont take this as a racist comment
From my “sembang sembang intelek” with the Malays business community and academia in Penang, the doubt among the Malay contractors and businessmen is Chinese traders had already have a strong establishment from supply chain stand point from suppliers to vendors to contractors to customers
Thus, you can decide who can get the lowest quotation and who control the market
If we want to talk about being fair and treat everyone equally, this is the time where we would like to see your sincerity whether you would treat the non-Chinese businessmen and contractors with a fair quotation as low as you could give to your Chinese counterparts without any racial sentiment and purely based on one’s capability and competency.
I hope you got to understand that Malays didn’t have a strong foundation after Merdeka due to the depression and segregation done by the British Colonial.
We were not as strong as Chinese or Indian Muslims traders in economic sectors thus we need a foundation being established before we can run on our own – after years being depressed by the British Colonial
And NEP was introduced to close this BIG gap
Unfortunately it was abused by some corrupted UMNO leaders who practise cronysm and nepotism
In fact I am really frustrated with the damaged done by the current UMNO leaders
And the most regretting part is, it was the UMNO leaders (not all perhaps) who commit all the wrong doing which made so many people hate them hence we (all the Malays) have pay the price
This land is enough for everyone’s need, but not enough for everyone’s greed …
Let’s build up this nation together….
setuju Dr! igt nak republish kat blog saya la, boleh tak?
saya rakyat malaysia berbangsa cina. saya amat bersetujui tentang pandangan DR. DEB hanya memberi keuntungan kepada orang-orang kaya tertentu tetapi bukan orang-orang miskin di kawasan luar bandar. ini bukan sahaja tidak dapat memperbaiki taraf hidup rakyat di luar bandar tetapi menyebabkan jurang taraf hidup rakyat di bandar dan luar bandar menjadi semakin besar.
kita perlu memberi peluang kepada kerajaan baru untuk cuba merealisasikan pelan-pelan yang dikemukakan untuk memperbaiki taraf hidup rakyat. pelaksanaan tender terbuka supaya hanya syarikat-syarikat yang benar-benar berkemampuan mendapat tender supaya memberi manfaat kepada semua rakyat dan menguarangkan kerugian kerajaan akibat ketidakmampuan syarikat tertentu melaksanakan projek pembangunan negara.
Bravo! 100% saya sokong pendapat Dr. Orang PP patut bersyukur selama ni pun kebanyakan depa dok kat umah haram. Paling sedih umah kat tepi parit. Apa BN boleh buat…buat bodoh ja!
Tak salah pun kalau kita bagi can kat PKR tengok la apa depa boleh buat dalam masa 5 tahun ni. Kalau tak perform kita tendang depa pulak.
Jangan jadi lembu cucuk hidung ikut ja apa kerajaan kata. Kita ada hak.
Saya ingin mengucap terima kasih kepada Dr. kerana keberanian dan kesugguhan Dr. memberi satu kenyataan yang amat membina terutamanya kepada semua rakyat Malaysia khasnya Rakyat PP.
Saya pasti orang UMNO amatlah tidak senang hati apabila membacanya dan mereka akan berusaha mepegaruhi orang melayu agar mengelar DR sebagai pengkhianat Orang Melayu. Tetapi, saya percaya orang-orang melayu zaman moden ini telah berubah dan berpelajaran tinggi, mereka akan faham dan menerima hakikat bahawa Politik Umno kebanyakannya berhubung denga kepentingan pemimpin diri sendiri.
Hanya perubahan akan memberi harapan cerah kepada kita. Kita rakyat Malaysia samada Melayu, Cina , India , iban dll memerlukan perubahan untuk mengerjakan kejayaan kita yang telah jauh kita tinggalkan.
Lupakan isu-isu yang berkaitan dengan perkauman sering menghantui kita, tumpukan perhatian kepada bagaiman membasmikan gejala rasuah, mengurangkan kemiskinan semua rakyat, naikkan taraf sistem pendidikan kita. Satu hari nanti, generasi akan datang kita akan berterima kasih kepada kita atas usaha kita hari ini.
Marilah sahabat-sahabatku, sama-sama kita berkerja sama dengan kerajaan negeri baru untuk kesenangan kemudian hari.
Akhir kata, jikalau kerajaan negeri yang baru telah menggagalkan kita, “Gua” sama “Hang” sama-sama jatuhkannya pada PRU 13.
TERIMA KASIH DR. – Amat terharu membaca kenyataanmu.
Saya sangat2 setuju tentang pendapat Dr. Berilah peluang dulu kpd kerajaan yang baru utk memerintah PP. Kita lihat dulu hasilnya, barulah bertindak. Belum pun benih disemai, sawah sudah disalahkan. Jangan terlalu berfikiran negatif…
I,m really annoyed with this Amin Shah fiasco. Months ago he was declared a bankrupt. Was it on purpose? So that he will not be answerable to his failure to deliver. Where are the monies from the contract?? Stocked abroad??
And who is this Mat Saleh woman that always with Amin Shah travelling to London in Singapore Airlines first class? Who? Who is Benedette Rankine? His proxy? Mistress?? Wife??
Apa yand ditulis oleh Dr. sugguh mengkagumkan kerana ia ditulis dari perspektiv seorang Melayu. Kalau artikal ini dapat dibaca oleh kawan -kawan Melayu di PP atau di seluruh negara, ia akan memberi banyak manfaat kepada semua.
Sebagai rakyat Malaysia, saya yakin negara ini sudah tiba masa untuk melahirkan satu bangsa baru yang lebih suka dikenali sebagai “Bangsa Malaysia”. Politic Perkauman yang wujud kian lama sudah tiba masa untuk di tamatkan.
This is a very clear and honest opinion that every individual should read before rushing to create chaos as what they (the corrupt politicians and the cronies) wanted us to do. WATCH OUT FOR THE TRAP- THE NEWSPAPERS AND THE TV IS NOT DOING ANYTHING TO CREATE A PEACEFUL MALAYSIA FOR MALAYSIANS. Did you the people of PP find out who are the people at the perhimpunan, and whether they have connections at the higher level either directly or indirectly. You must observe quietly their motive. The people of PP please track these people and dont be easily fooled by them. TAKE YOUR TIME BECAUSE TIME WILL TELL. GOD BLESS US ALL FOR A GOOD AND BRIGHT FUTURE.
Saya seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina berusia 50an, hari ini telah menitis air mata 2 kali kerana amat terharu dengan pandangan dan hujjah hujjah yang cukup realistik dan rasional, pertama kalinya dari Mahaguru58 dan kali kedua ini dari Dr Mohamed Rafick.
Hati saya berasa sungguh terpujuk dan selesa memandangkan sudah 40 tahun saya mengikuti perkembangan politik Malaysia dari era Tuanku Abdul Rahman hingga kini dimana saya mengakhiri bahwa selagi negara ini diperintah oleh BN yang berkomponen parti parti perkauman, maka tiada ada harapan bagi Malaysia mencapai kejayaan untuk membentuk sebuah negara berbilang kaum yang unggul dan bersatu-padu. Tetapi, akhirnya impian kejayaan ini dimakbulkan TUHAN dan sudah jadi ternyata (walau pun belum sepenuhnya)setelah pergolakan terkejut berlaku di PRU ke12 baru baru ini. Kini, saya dapat membayangkan tanah air saya Malaysia mempunyai masa depan yang terang dan gemilang, lebih lebih lagi dengan ujudnya ramai insan berintelektual yang dapat membantu memupuk perpaduan rakyat seperti saudara berdua tersebut dan juga tidak ketinggalannya saudara Raja Petra Kamaruddin.
Saya percaya jika semua rakyat dapat memahami unsul unsul bagi mencapai perpaduan kaum dan berusaha dengan hati ikhlas dan terbuka, nescaya negara Malaysia ini akan menjadi sebuah negara berjaya yang berwibawa, aman dan makmur. Hakikatnya, Malaysia akan dibanggai oleh setiap rakyat jelata dan disegani negara negara jirannya.
Ribuan terima kasih kepada saudara Mahaguru58, Dr Mohamed Rafick dan Raja Petra Kamaruddin.
Keep up your good work !
HIDUP MALAYSIA !!! HIDUP BANGSA MALAYSIA !!!
*Harap maaf jika Bahasa Malaysia saya kurang memuaskan.
[...] “Umno…jangan cepat melatah“ [...]
Dear Dr,
You’re a true blue Penang boy – Anak Tanjung.
Guess pride is at stake here and the losers in the GE23 are real sore losers.
Dear Dr,
I totally agreed with you and your reminders to all fellow Malaysians especially the Malays not to be used by dirty
politicians for their own selfish needs
[...] “Umno…jangan cepat melatah“ [...]
Dear Dr.,
Saya bersetuju 100% akan pandangan Dr. supaya rakyat PP memberi peluang kepada LGE untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri PP yang adil dan saksama.
Saya juga ingin memberi sedikit pandangan saya atas DEB.
Saya adalah orang malaysia berbangsa tiong hua dan pada pemikiran saya DEB adalah bagus. Ia sepatutnya digunakan untuk menaikkan taraf hidup orang melayu malaysia dalam golongan yang susah. Saya sendiri dapat melihati jurang hidup orang kampung serta orang bandar semasa melawati pelbagai kawasan luar bandar.
Akan tetapi DEB telah digunakan sebagai alat untuk memperkayakan ahli UMNO serta kroni-kroni mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum. Saya sentiasa memberi pandangan yang sama kepada rakan-rakan saya tak kira bangsa mereka dan mereka akur dengan pandangan saya.
Jadi saya berharap dengan adanya pemimpin baru, unsur-unsur baik DEB diteruskan dan yang unsur unsur cronism dapat dihapuskan sama sekali. Pada masa yang sama, saya berharap kerajaan baru dapat menolong kaum minoriti seperti tiong hua dan india yang susah.
sekian terimakasih.
Saya setuju rakyat haruslah berfikiran rasional bukan nya mengikut perasaan dan taasub kepada pemimpin. Masyarakat Melayu sendiri haruslah bersatu untuk Ketuanan Melayu yang semakin terhapus dan semakin pupus.Saya bersetuju dengan Sza ‘the senario on Malay student in the University’.Berfikirlah secara positib dan rasional wahai masyrakat Melayu dan telitilah perpecahan itu adalah berpunca dari pemimpin atasan yang merugikan masyarakat.Renungkanlah kembali di zaman Dr Mahathir yang bercorak’kuku besi dan tak boleh bersuara’.
Dear Dr
Well written and thank you for bringing up some rational argument to all the nonsense that happens in Penang.
I totally agree with what was written but how do we let the masses know the truth when the msm spins everything and brainwash the public. ..
Dr, saya sangat bersetuju dengan pendapat Dr. Semalam saya tengok Tv, orang Melayu Pulau Pinang buat demonstrasi.. Saya terfikir.. kenapa polis tak semubur checical and tear gas?? Kenapa bila Bersih or Hidraf kena walaupun perhimpunan itu juga tanpa permit. saya rasa perhimpunan itu memang ‘SANGAT BAHAYA’ bagi keselamatan negara kerana menggunakan isu perkauman.
Saya juga bersetuju dengan Dr bahawa pemimpin UMNO itu melatah kerana takutkan % projek yang dah tak “mashuk” lagi..
Saya merupakan pensyarah sebuah Universiti.. saya lihatkan pelajar Melayu kurang bersungguh belajar berbanding rakan-rakan bangsa lain. Dapat duit pinjaman atau biasiswa lebih menumpukan untuk membeli handphone dan barang-barang lain berbanding text book. Amat susah untuk meminta pelajar Melayu membeli textbook untuk pelajaran mereka, berbeza dengan pelajar Cina dan India. kenapa ini berlaku? Mungkin kerana Melayu sudah terlalu ‘SELESA
dengan bantuan daripada kerajaan. Terdapat pelajar bangsa lain yang juga merupakan pelajar yang dalam kategori ‘poor’ bekerja ‘part-time’ hanya untuk membiayai kos buku dan sara hidup di Universiti..
Jadi orang Melayu tak kiralah di Pulau Pinang atau dimana, sedarlah dan berfikirlah secara rasional.. pemimpin UMNO PP bukanlah mementingkan bangsa Melayu tetapi hanya mementingkan projek yang tidak akan diperolehi mereka dengan kerajaan baru.. dan menggunakan sentimen DEB untuk memancing orang Melayu kebanyakkan…